Assalamualaikum..apa khabar semua?? Dah lama x'update' blog nie..ok la, kali nie adik nk cerita serba sedikit tentang result exam yg dah keluar kelmarin..hm, nk kabo dpt result yg cemerlang tu xla sgt, tapi Alhamdulillah, baik la keputusan tu, dapat naik tahun..cuma ada 2 paper yang terpaksa diulang semula sebab xsampai markah yang ditetapkan..agak terkejut jugak, sebab time exam rase paper 2 boleh jawab..betul lah kata abang-abang yang lepas, belajar di Azhar nie kita xleh nak samakan belajar di Malaysia..kt sini soalan dan jawapan xdop skema yang khusus untuk peperiksaan..semuanya terletak pada syeikh-syeikh yang memeriksa kertas jawapan kita..tapi, untuk peringatan diri sendiri jugak, tentu ada hikmah disebalik nie semua..insyaAllah, lepas nie kene usaha dengan lebih kuat dan gigih..sekejap je rasa melalui tahun pertama di Mesir nie..bulan september depan InsyaAllah dah jadi graduan tahun 2 plop..terima kasih yang tidak terhingga kepada mak dan ayah yang sentiasa doakan kejayaan adik kt cnie..xdilupakan untuk kakak-kakakku yg banyak bagi dorongan dan semangat untuk terus berjaya..
hmmm...dah habis cerita tentang exam...nie nk cerita aktiviti terbaru adik plop sepanjang cuti..Alhamdulillah, minggu nie adik dah mula talaqqi al-quran bersanad untuk riwayat Imam Qalun an Nafi'..dah hampir sebulan lebih berehat selepas khatam bacaan riwayat 'Asim, akhirnya minggu nie dapat sambung semula bertalaqqi..untuk bacaan Imam Qalun nie sedikit mencabar daripada bacaan 'Asim, sebab banyak wajah bacaan bagi setiap ayat al-quran yang dibacakan..paling-paling sikit pon 4 wajah bacaan bagi setiap ayat yang dibacakan..insyaAllah sama-sama berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menghabiskan bacaan Imam Qalun nie..terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang beri tunjuk ajar dan nasihat untuk talaqqi bagi riwayat Qalun nie..
Ni jadual adik sepanjang cuti..saja kongsi..hehe...ahad sampai khamis, pukul 9-10.30 pagi ke masjid untuk tasmi' al-quran & bertalaqqi..pukul 10.30-12.00 tghari, ada kelas tambahan dengan syeikh, kelas nahu bahasa arab dan kelas tajwid..buat bergilir-gilir untuk subjek yang dipelajari..lepas zohor, bertalaqqi dengan syeikh yang ajar nahu & tajwid plop..lepas 2 baru lah balik ke rumah rehat-rehat, makan..kalau ada aktiviti di persatuan pelajar, barulah ke markaz plop..biasa nya time cuti nie ada je aktiviti yang persatuan pelajar buat..kene la join..duduk cnie jauh dah dari keluarga, harap kawan-kawan la jadi keluarga op..kalau xcari kawan-kawan susah jugak time perlukan pertolongan..huhu...
Akhir doh nie, panjang doh rasa nie..huhu..i'Allah jumaat malam nie akan berlolak ke Matrouh & Siwa, mintak doa semua ahli keluarga supaya selamat pergi & balik..cuti-cuti nie nak jugak pergi jalan-jalan..bosan jugak asyik duduk rumah je, talaqqi, ngaji n study berehat buat sementara, release tension dulu..huhu..ok la, sampai sini dulu untuk kali nie, i'Allah kita jumpa lagi untuk post yang seterusnya..love u all!!!!!... Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment